Alienum phaedrum torquatos nec eu, vis detraxit periculis ex, nihil expetendis in mei. Mei an pericula euripidis, hinc partem.

Akademi Tajwid Al Khaadem

Al Khaadem / Akademi Tajwid Al Khaadem

Selamat Datang Ke Akademi Tajwid Al Khaadem
Fokus kami di Akademi ini adalah:
Mendekatkan orang ramai kepada Allah melalui Kitab Suci Al-Quran
Meneruskan penyebaran Ilmu Tajwid yang diwarisi dari para Ulamak generasi ke generasi
Program-program Akademi Tajwid Al Khaadem
Kursus Penuh Akademi Tajwid
Kursus mempelajari ilmu Tajwid dari bawah selama 1 tahun dengan 4 tahap — Al-Asas (Muqaddimah Ilmu Tajwid), Ad-Dhoruri (Hukum-Hakam Tajwid), Al-Mukammil (Kesempurnaan Tajwid) and Al-Itqan (Penguasaan Ilmu Tajwid). Setiap tahap mengambil masa 8-10 minggu
Perfecting My Recitation
Kursus 1-hari tajwid intensif, membincangkan secara asas kaedah-kaedah untuk meningkatkan qualiti pembacaan Al-Quran
Mai Mengaji Sekali
Kelas PERCUMA online tilawah dan perbahasan asas tentang hukum-hakam tajwid pada ayat-ayat yang dibaca, bermula dari Surah An-Nas sehingga khatam, inshaAllah.
Kursus Penuh Akademi Tajwid Al Khaadem
Kursus atas talian ini memfokuskan kepada subjek tajwid secara keseluruhan, dari asas sehingga dapat menguasai ilmu tajwid secara umum. Terdapat 4 tahap dalam kursus ini, setiap tahap mengambil masa 8-10 minggu, di akhiri dengan ujian bertulis bagi setiap tahap. Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu jam 2 petang.*
Graduan yang terpilih dari kursus ini akan diserapkan menjadi facilitator kursus intensif Perfecting My Recitation dan bakal menjadi tenaga pengajar di Akademi, bi idznillah.
Kelas-kelas akan diadakan secara online melalui aplikasi ZOOM
Tahap 1: Al-Asas
Muqaddimah Ilmu Tajwid
Pengenalan tentang ilmu tajwid dan asas huruf, harakat dan mustalahat dalam mushaf. Durasi: 8-10 minggu.
Kursus On-site (Al Khaadem, PJ)
Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada Ilmu Tajwid
  • Asas Huruf Hijaiyyah
  • Harakat
  • Mustalahat Penulisan dalam Mushaf
  • Makhraj Huruf
  • Alqab Huruf
  • Sifat Huruf Lazimah
Tahap 2: Ad-Dhoruri
Hukum-hakam Tajwid
Pembelajaran hukum-hakam tajwid secara terperinci seperti Hukum Nun Sakinah dan Tanwin, Hukum Mad, dan lain-lain. Durasi: 8-10 minggu.
Kursus On-site (Al Khaadem, PJ)
Kandungan Kursus
  • Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
  • Hukum Mim Sakinah dan Tanwin
  • Hukum Mad
  • Hukum Tafkhim dan Tarqiq
  • Idgham Di Antara Huruf
Tahap 3: Al-Mukammil
Penyempurna Ilmu Tajwid
Pembelajaran dan pembahasan hukum-hakam yang lebih tinggi seperti wakaf dan ibtida’. Durasi: 8-10 minggu.
Kursus On-site (Al Khaadem, PJ)
Kandungan Kursus
  • Muqaddimah Wakaf dan Ibtida’
  • Wakaf Tam
  • Wakaf Kafi
  • Wakaf Hasan
  • Wakaf Qabih
  • Ibtida’
  • Wajah-wajah Wakaf
Tahap 4: Al-Itqan
Penguasaan Ilmu Tajwid
Pembelajaran asas riwayat dan pengulangan dari tahap 1, teknik penyampaian ilmu Tajwid dan fokus kepada aplikasi pada tilawah Al -Quran. Durasi: 8-10 minggu.
Kursus On-site (Al Khaadem, PJ)
Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada Riwayat dan Qiraat
  • Riwayat Hafs ‘an ‘Asim
  • Tariq Ash-Shatibiyyah dan Toyyibah
  • Ilmu Tajwid Secara Keseluruhan
  • Aplikasi Teori pada Tilawah
Sesi ujian kefahaman akan diadakan pada penghujung semester untuk setiap tahap. Pelajar yang berjaya menghabiskan 1 tahap akan diberikan sijil penyertaan.
Yuran Pengajian
  • Tahap 1: Al-Asas

  • RM 300 / Semester
  • (Durasi kursus: 3 bulan)

    Membaca Al-Fatihah Dengan Tepat

    Pengenalan kepada Ilmu Tajwid

    Asas Huruf Hijaiyyah

    Harakat

    Mustalahat Penulisan dalam Mushaf

    Makhraj Huruf

    Alqab Huruf

    Sifat Huruf Lazimah

  • Tahap 2: Ad-Dhoruri

  • RM 300 / Semester
  • (Durasi kursus: 3 bulan)

    Sifat Huruf ‘Aridhoh

    Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

    Hukum Mim Sakinah dan Tanwin

    Hukum Mad

    Hukum Tafkhim dan Tarqiq

    Idgham Di Antara Huruf

  • Tahap 3: Al-Mukammil

  • RM 300 / Semester
  • (Durasi kursus: 3 bulan)

    Muqaddimah Wakaf dan Ibtida’

    Wakaf Tam

    Wakaf Kafi

    Wakaf Hasan

    Wakaf Qabih

    Ibtida’

    Wajah-wajah Wakaf

  • Tahap 4: Al-Itqan

  • RM 300 / Semester
  • (Durasi kursus: 3 bulan)

    Pengenalan kepada Riwayat dan Qiraat

    Riwayat Hafs ‘an ‘Asim

    Tariq Ash-Shatibiyyah dan Toyyibah

    Ilmu Tajwid Secara Keseluruhan

    Aplikasi Teori pada Tilawah

*Pendaftaran dibuka untuk Tahap 1 sahaja buat masa ini. Jadual kelas yang ditetapkan adalah pada setiap Sabtu jam 2 petang. Jadual tertakluk pada perubahan. Sila hubungi events@alkhaadem.com atau What’s App ke +60 10-455 1034 untuk sebarang pertanyaan.
Program-program Lain
Tadarus Ramadhan
Sesi tadarus pada Sabtu dan Ahad jam 230pm bagi meraikan bulan Ramadhan yang penuh berkat
Tajwid Seminit
Konten-konten pendek di sosial media yang membincangkan ilmu tajwid dan tilawah
Tonton konten-konten tajwid yang ringkas di Tiktok!
Profil Tenaga Pengajar

Ustaz Mohammad Dzaki bin Rosman merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor yang telah diberi tauliah mengajar Al-Quran oleh JAIS. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah bersama Al Khaadem sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Ustaz Dzaki mempunyai pengalaman belajar Al-Qur’an secara talaqqi dibawah bimbingan Sheikh Ibrahim Al-Arnaout dan telah memperoleh ijazah untuk mengajar bacaan Al-Qur’an dari gurunya. Setelah memperoleh ijazah mengajar, Ustaz Dzaki bekerja sebagai guru bacaan Al-Quran secara sambilan, dan beliau telah mengajar dari tahun 2015 dan sekarang merupakan guru tajwid sepenuh masa di Al Khaadem.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke:

events@alkhaadem.com

+60 10 455 1034