Alienum phaedrum torquatos nec eu, vis detraxit periculis ex, nihil expetendis in mei. Mei an pericula euripidis, hinc partem.

Skuad Prihatin Kemiskinan

Al Khaadem / Skuad Prihatin Kemiskinan
SPK-Left1

Skuad Prihatin Kemiskinan atau SPK adalah gabungan antara dua badan organisasi; Super Thinkers (sebuah pusat pendidikan pra-sekolah) dan Al Khaadem (sebuah pertubuhan dakwah) dengan satu misi untuk membantu golongan-golongan miskin dan tidak berkemampuan.

SEJARAH SPK

Pada 2016, Super Thinkers, sebuah sekolah “home-based learning” di mana para pelajarnya diajar tentang Adab, Kemahiran Hidup dan matapelajaran akademik berdasarkan kurikulum IGCSE. Keunikan Super Thinkers adalah menitikberatkan kaedah ‘Tarbiyah Islamiyah’ dalam pembelajaran mereka. 

Tarbiyah Islamiyah ini telah menjunjung mesej Islam dan melahirkan generasi Muslim yang sentiasa memartabatkan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (ﷺ). Alhamdulillah, ianya juga panduan yang membimbing komuniti Super Thinkers, ibu bapa, guru-guru dan pekerjanya. 

Rentetan dari falsafah ini, Super Thinkers menubuhkan Skuad Pembasmi Kemiskinan pada tahun 2016. Inisiatif ini membenarkan anak-anak Super Thinkers untuk berdamping bersama mereka yang kurang bernasib baik dari kalangan miskin dan golongan asnaf agar mereka dapat belajar dari pengalaman ini sekaligus membentuk akhlak dan peribadi yang mulia. Melalui program yang tersusun, mereka turut serta dalam aktiviti pengagihan barangan runcit bulanan dan lain-lain servis komuniti. 

Pada tahun 2019, Super Thinkers memeterai sebuah memorandum persefahaman (MOU) bersama Al Khaadem. 

Sebagai sebuah pertubuhan kemanusian dan kebajikan yang berpengalaman, Al Khaadem adalah sebuah NGO yang komited dalam membantu mereka yang memerlukan melalui kebajikan yang berasaskan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad ﷺ. 

Dengan termetrainya memorandum ini, SPK dapat melebarkan sayapnya di atas gabungan yang berkat ini dan memanfaatkan pengalaman Al Khaadem yang luas dalam kerja-kerja komuniti dan kebajikan. 

Skuad Pembasmi Kemiskinan kemudiannya di tukar menjadi Skuad Prihatin Kemiskinan dengan harapan dan misi yang lebih besar untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan golongan asnaf. 

SPK-Right1

Sejak 2019
1500 keluarga di bantu
RM330,000 telah diagihkan

Calon-calon penerima bantuan dan perkhidmatan SPK dijalankan melalui proses temuduga dan menganalisa latar belakang calon dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah, tanggungan sekolah anak-anak atau jagaan, penyakit/OKU, umur calon, penyakit-penyakit kritikal dan lain-lain. Calon-calon penerima termasuk:

  • Kanak-kanak Yatim
  • Mualaf
  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Ketua Keluarga Sakit
  • Ibu Tunggal
  • Bapa Tunggal

BANTUAN-BANTUAN DAN PERKHIDMATAN SPK

BANTUAN ASAS

  • Bantuan Makanan Bulanan
  • Bantuan Keperluan Khusus
  • Bantuan Peralatan Sekolah
  • Bantuan Keperluan Rumah
  • Bantuan Tahunan

BANTUAN PERKHIDMATAN

  • Bantuan Baik Pulih Rumah
  • Perkhidmatan Pembersihan Rumah
  • Perkhidmatan Menjana Pendapatan
  • Perkhidmatan Berkaitan Dengan Jabatan Kerajaaan
  • Perkhidmatan Pelbagai

KELAS-KELAS ILMU

AKTIVITI KANAK-KANAK/REMAJA

  • Kelas Al-Quran
  • Kelas 3M (Membaca, Mengira and Menulis)
  • SPK Cadet
  • Kelas Kemahiran
  • Kelas Penjagaan diri dan alam sekitar

AKTIVITI DEWASA

  • Kelas Al-Quran
  • Kelas Kemahiran
  • Kelas Penjagaan diri dan alam sekitar

KAUNSELING

  • Rukyah
  • Khidmat Psikiatri
  • Urut saraf
  • Bekam

KELAS FARDHU AIN

REMINDERS OF THE WEEK

BANTU KAMI
BANTU MEREKA
#kitajagadepa

AKTIVITI KANAK-KANAK/REMAJA

  • Kelas Al-Quran
  • Kelas 3M (Membaca, Mengira and Menulis)
  • SPK Cadet
  • Kelas Kemahiran
  • Kelas Penjagaan diri dan alam sekitar

AKTIVITI DEWASA

  • Kelas Al-Quran
  • Kelas Kemahiran
  • Kelas Penjagaan diri dan alam sekitar

KAUNSELING

  • Rukyah
  • Khidmat Psikiatri
  • Urut saraf
  • Bekam

KELAS FARDHU AIN

REMINDERS OF THE WEEK