Perfecting My Recitation adalah sebuah kursus bacaan Al-Quran yang dijalankan seharian bagi mendedah dan membimbing para peserta kepada tatacara membaca Al-Quran sepertimana ia diturunkan. Kursus ini menekankan ilmu asas iaitu makhraj yang seringkali diabaikan dalam pembelajaran Tajwid di dalam Malaysia. Atur cara kursus ini terbahagi kepada pembelajaran secara teori perkara-perkara yang berkaitan dengan Tajwid serta sesi praktikal yang dibimbingi oleh para fasilitator.
Medium bahasa yang digunakan dalam Perfecting My Recitation adalah Bahasa Melayu.
Ustaz Mohammad Dzaki bin Rosman merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor yang telah diberi tauliah mengajar Al-Quran oleh JAIS. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah bersama Al Khaadem sejak lebih 10 tahun yang lalu.
Ustaz Dzaki mempunyai pengalaman belajar Al-Qur’an secara talaqqi dibawah bimbingan Sheikh Ibrahim Al-Arnaout dan telah memperoleh ijazah untuk mengajar bacaan Al-Qur’an dari gurunya. Setelah memperoleh ijazah mengajar, Ustaz Dzaki bekerja sebagai guru bacaan Al-Quran secara sambilan, dan beliau telah mengajar dari tahun 2015 dan sekarang merupakan guru tajwid sepenuh masa di Al Khaadem.