“Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh cabang; pada tiap-tiap cabang tumbuh seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” – Surah Al-Baqarah, ayat 261.
Tambahan pula, di antara amalan yang kekal berjalan walaupun selepas kita telah meninggalkan dunia ini adalah ilmu yang bermanfaat. Harta yang anda infaqkan kepada kami akan dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah dan menyebarkan ilmu Al-Qur’an dan As-Sunnah kepada seluruh umat tak kira di mana mereka berada. Setiap orang yang dapat manfaat dari ilmu yang kami sajikan, inshaAllah anda dapat sahamnya bersama.