Alienum phaedrum torquatos nec eu, vis detraxit periculis ex, nihil expetendis in mei. Mei an pericula euripidis, hinc partem.

Perfecting My Marriage (BM) #2

Perfecting My Marriage adalah kursus satu hari yang bertujuan untuk membimbing para peserta dalam memahami dan mempraktikkan adab-adab perkahwinan dalam Islam dan membentuk sebuah perkahwinan yang diredhai Allah SWT. Kursus ini akan mengambil contoh-contoh berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW agar peserta diajarkan tatacara kehidupan berkahwin seperti asas-asas perkahwinan serta perbincangan situasi atau masalah semasa yang biasa diharungi oleh pasangan-pasangan hari ini.

Kursus Perfecting My Marriage ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.

TARIKH: 30 Mei 2021 (Ahad)
TEMPAT: Atas Talian melalui aplikasi Zoom
MASA: 9:00 AM – 4:00 PM

HARGA: RM90/gajet
Termasuk:
– Nota kursus
– Rakaman penuh video kursus
– Kupon RM10 unit3.my


Sila hubungi kami jika anda ada sebarang pertanyaan:
E-mel: events@alkhaadem.com
WhatsApp: +6019-3107769


Ikuti media sosial kami untuk mendapat maklumat lanjut tentang program-program kami!
Facebook Instagram Twitter YouTube Join our WhatsApp Broadcast!
Sokong gerak kerja kami: bit.ly/infaq2021
Pautan Linktree kami: linktr.ee/alkhaadem

The event is finished.

Tags:

Date

Sunday, 30 May 2021
Expired!

Time

9:00 AM - 4:00 PM

Local Time

  • Timezone: America/New_York
  • Date: Saturday - Sunday, 29 - 30 May 2021
  • Time: 9:00 PM - 4:00 AM

Cost

RM 90.00

Labels

programmes

Speaker

  • Sheikh Hussain Yee
    Sheikh Hussain Yee
    Presiden Al-Khaadem

    Seorang pakar ilmu hadis dari Universiti Madinah, Mohd Hussain Abdullah atau lebih terkenal sebagai Sheikh Hussain Yee adalah seorang da’ie terkemuka di Malaysia dan pentas antarabangsa. Beliau mengutamakan penyebaran sunnah Nabi dan penerapan nilai-nilai keharmonian sejagat Islam kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia. Berbekalkan pengalaman hampir empat puluh tahun dalam bidang pengurusan, perkhidmatan perundingan dan strategi di badan-badan Islam antarabangsa, Sheikh amat mementingkan penanganan isu-isu keluarga

    dan keharmonian sosial, terutamanya melalui perkhidmatan kaunseling keluarga dan rumahtangga serta pembangunan belia.

    Pada masa ini, Sheikh Hussain Yee merupakan penasihat kepada beberapa organisasi Islamik di seluruh dunia. Antaranya Islamic Education and Research Academy (IERA) di United Kingdom (UK); As-Salaam Foundation di Jepun; Islamic Da’wah Council of the Phillipines-Halal, yang merupakan ahli dalam World Halal Council; Jawatankuasa Syura Negeri Pulau Pinang, Malaysia; dan juga Shariah Board di Japan Halal Foundation.

    Di peringkat antarabangsa, Sheikh Hussain telah berkongsi pentas bersama pendakwah-pendakwah seperti Sheikh Assim Al-Hakeem, Sheikh Muhammad Salah, Sheikh Abdur-Raheem McCarthy, Yusuf Chambers dan Abdurraheem Green di pelbagai konvensyen: dari United Kingdom ke Australia, Norway ke Timur Tengah, dan yang terutama sekali, Asia Tenggara.

    Beliau juga merupakan pengasas “Al-Khaadem Youth Camp”, sebuah kem yang diadakan setiap tahun di Malaysia untuk melahirkan dan memperkasakan golongan belia sebagai sebuah generasi bakal pemimpin, berdasarkan nilai-nilai murni agama Islam. Keberkesanan kem ini telah mendapat perhatian dari komuniti antarabangsa, dan kem ini telah juga diadakan di Dubai, UAE; Tokyo, Japan dan Hong Kong, SAR.

    Untuk sumbangan beliau di Malaysia, terutamanya di negeri Pulau Pinang, beliau telah dianugerahkan gelaran “Tokoh Maal Hijrah Penang 2017”.